Maksud dan konsep Takaful.
Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep
takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para
peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan
amatlah digalakkan.
TAKAFUL
Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia
diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk
berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa
musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai
persamaan dengan industriinsurans
konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen
untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara
jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk
memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran
akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.
Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti
kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina
paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful
untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan
penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan
maisir.
Tabarru' merupakan
perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan
Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah
hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang
lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah,
semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di
atas niat yang sama.
Penegasan ini
dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans
Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung
untuk membantu sesama mereka.
Hari ini,
kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia
perniagaan. Oleh itu Tabarru' yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap
peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko
yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin
memastikan Tabung Tabarru' yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi
memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta
membawa risiko yang besar maka kadar tabarru' yang mesti disumbangkan mestilah
sepadan dengan risiko tersebut.
Terdapat juga
sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarru'at adalah tidak
tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta
tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata.
Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful,
diharapkan ia tidaklah dijadikan isu yang besar.
Penggunaan
Tabarru' yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans
Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar, Masir atau Riba
No comments:
Post a Comment