Monday, 13 April 2015

Bahagian Pinjaman Perumahan (Sun Life Takaful)

Berita Baik Untuk Peminjam BPP

Kami ingin menawarkan anda peluang dan perkhidmatan yang terbaik untuk peminjam kaki tangan awam. Sun Life Malaysia Takaful merupakan salah satu takaful provider di Bahagian Pinjaman Perumahan, di blog ini anda boleh dapatkan pengetahuan tentang kelebihan Sun Life Malaysia Takaful sekiranya anda memilih kami sebagai takaful perumahan anda. Berikut adalah keistimewaan -keistimewaan kami kepada anda semua :-



anda boleh saksikan sendiri kelebihan kami berbanding takaful yang lain. Buat lah perbandingan dengan bijak kerana anda lah yang menentukannya
Kami akan sentiasa memastikan perkhidmatan kami adalah yang terbaik dan sentiasa cekap untuk masa masa yang mendatang. 

Tunggu apa lagi, pilihan di tangan anda

jika ada sebarang pertanyaan boleh comment di bawah.

Sunday, 12 April 2015

Maksud dan Konsep TAKAFUL

Maksud dan konsep Takaful.
Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.
TAKAFUL
Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industriinsurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.
Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.
Tabarru' merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.
Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka.
Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabarru' yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru' yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru' yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.
Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarru'at adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata. Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ia tidaklah dijadikan isu yang besar.
Penggunaan Tabarru' yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar, Masir atau Riba        


Saturday, 11 April 2015

THE NEW HISTORY BEGIN




Sejarah Penubuhan Sun Life MalaysiA...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada sekalian pembaca, so pada kali ini saya ingin menerangkan dan memberikan beberapa maklumat tentang  Sun Life Malaysia BHD.
Ramai yang diluar sana ingin tahu siapa kah Sun Life Malaysia BHD? Dan pada keluaran kali ini persoalan anda akan terjawab. Sebelum ini Sun Life Malaysia dikenali sebagai CIMB AVIVA. Pada tanggal 19 OGOS 2013 lahirlah Sun Life Malaysia BHD yang beribu pejabat di-
Tingkat 11, No 338,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.

Ini pulak persamaan yang dapat saya ungkapkan dalam pembentukan Sun Life Malaysia BHD..
Sun Life Financial(Canada) + Khazanah Nasional BHD + CIMB Group     =Sun Life Malaysia.


 
Sun Life Malaysia adalah gabungan daripada Sun Life Financial (150 tahun dalam bidang insuran), Khazanah Nasional dan Cimb Group yang mana telah menjadikan Sun Life Malaysia sbagai syarikat gergasi di rantau ini.Gabungan ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan lagi industri insuran dan takaful di Malaysia dan memperkasakan lagi ekonomi Malaysia di rantau ini.

Jadi dengan adanya blog ini maka terjawab lah soalan yang selama ini anda tertanya-tanya. Kadang - kadang masa saya bagi seminar tentang Insuran dan Takaful ramai yang tertanya, ini yang membuatkan saya terdetik untuk membuat sebuah blog bagi memperkenalkan Sun Life Malaysia. Sekiranya ada sebarang pertanyaan tentang insuran mahupun Takaful atau berkaitan Sun Life Malaysia sekalipun silalah kemukakan masalah anda di bawah ini yer...

Semoga Kita Bertemu Lagi di Page yang seterusnya.




Sunday, 5 April 2015

The Way To New Journey

Penubuhan Blog ini adalah bertujuan untuk :-

- Memberi Penerangan Tentang Takaful dan Insuran.
- Menitik Beratkan Tentang Perlindungan.
- Memberi Fakta2 Tentang Perlindungan.
- Mnyediakan Info Terkini Berkaitan Takaful dan Insuran.